June, 2005

APA NAK JADI DENGAN MUDA-MUDI SEKARANG?

Apa aku nak cakap nih maybe agak bias skit walaupun hakikatnya aku pun dikategorikan under muda mudi generasi akan datang. Tinggi tanggungjawab kita tuh! Kitalah tonggak Negara untuk masa hadapan. Takkan kita nak harap kat pemimpin2 yang ada sekarang. Depa pun nak kena pencen gak nanti. Tapi aku rasa la kan, kalo dengan perangai muda mudi sekarang, depa tak sanggup nak pencen. Teruk sgt. Tiap2 bulan aku baca MASTIKA, tiap2 bulan gak depa bongkar gejala2 maksiat kat merata tempat. Dahsyat2 plak tuh. Geli-geleman aku baca. Yang teruk tuh, bangsa kita, bangsa melayu kita yang duk wat benda2 tak senonoh tuh. Sebagai org melayu, aku malu sgt. Mana nak tak muka? MasyAllah…apa nak jadi?? This country is almost turning into one big orgy!

Yang aku pelik bin ajaib tuh, ada gak yang buat benda2 tak senonoh tuh student SMKA…aku bukan nak condemn suma dak sekolah agama nih suma jahat2, tp ada gak segelintir daripada mereka yang terjebak gak ngan perbuatan maksiat nih. Aku baca dlm mastika bulan bila ntah, depa cita yang dak pompuan nih top student kat sebuah sekolah agama kat Malaysia nih la. Mak bapak pun golongan alim la. Dia nih pun sopan santun, pakai tudung labuh, pandai mengaji, hafal al-Quran la mcm2 la tp kena tangkap basah ngan pakwe dia. Tak ka rugi tuh! Tuh yang aku pelik tuh. Kat sekolah agama bukan ka depa blajaq pasai agama2 nih, pasai benda2 yang haram, benda2 yang dilaknat Allah s.w.t., tp pasai pa depa still boleh duk pi wat gak benda2 camtuh?

Aku nih bukan alim sgt, aku penah la blajaq bahasa Arab 3 thn tp tuh pun sbb ayah aku yg nak sgt aku blajaq. Aku tak penah la excel dlm pengajian Islam. Tapi aku tau bezakan yang mana haram ngan yang mana halal. Perbualan bebas melampau antara lelaki ngan pompuan tuh haram. Kalo setakat kawan biasa2 tuh aku ada la tp takdak la sampai melampau-lampau.

Ada batas dia. Aku nak nasihat kat depa2 yang bercouple tuh tolong la jaga batas2 perbualan. Yang pompuan tuh jgn la sng sgt give in kat lelaki. Jaga maruah diri tuh. Yang lelaki tuh tlg la control skit. Tepis setan2 yg duk hasut korang wat benda2 jahat tuh.

Cuba bygkan kalo benda yg sama terjadi kat kakak or adik korang ka. Apa perasaan korang?

Ada yang terlanjur sampai mengandung. Kalau nasib baik, si laki masuk minang, tak la susah tanggung sorang2… kalo yang si laki pun tak amik kisah dah lepas dpt tau mengandung, camna? Waktu tu la nak nangis, nak tobat, nak nyesal.

Ada yg tak tobat tuh, wat benda lg dahsyat. Pi gugur plak kandungan tuh. Sian….
Dlm pendapat aku la kan, menggugurkan kandungan nih, sama la cam membunuh org. sanggup depa wat camtuh…

All actions have consequences. It’s best to think through everything before deciding on a final action.

Lastly, sori la kalo aku tersinggung perasaan sapa2 yg membaca blog aku nih. Nih pendapat aku ja. Boring tul duk umah nih. Dah takdak benda nak wat, aku pun ambil peluang nih meluahkan perasaan aku. Kalo ada yang tak setuju ka, apa ka, sila la bagi komen. /8| Sekian, wassalam….

ALOHA!!!!

oh my…my first blog on friendster..i’ve got nothing to say, yet! but i will eventually…

i guess that’s just it for today…just testing out how my blog would look like if i ever write anything in it…

hopefully, in the future, ya’ll will enjoy my blog…hehe

adios…

LIFE RAWKS, SO KEEP RAWKIN’ ON! \m|/